Hai, mari kita sambung lagi corat coret kita pada hari ini...
24 OGOS 2016, aktiviti kali ini lebih melibatkan masakan di mana murid-murid diajar memasak tanpa menggunakan dapur. Dua aktiviti yang berlangsung dari pukul 8 hingga 12 tengahari.

Murid dibahagikan kepada kumpulan dan dibantu oleh guru, ibu bapa atau PPM untuk melakukan aktiviti tersebut langkah demi langkah.
![]() |
Membuat lapisan sambil diajar oleh Cikgu Izzudin |
![]() |
Membaca resepi Kek Lapis |
Aktiviti kedua dilakukan selepas murid-murid berehat sebentar selama 30 minit. Kali ini murid-murid teerlibat dengan pertandingan Masakan Tanpa Api, di mana murid-murid membawa bahan sendiri dan menyediakan sandwich mengikut kreativiti masing-masing. pelbagai gaya dan rupa disediakan oleh murid-murid tersebut. Malah rekaan nama mereka juga turut mengundang tawa cikgu dan ibu bapa sekalian. Hakim mengambil kira kekemasan, kreativiti dan persembahan murid-murid tersebut.
Diharapkan karnival ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang dan melibatkan lebih banyak pihak-pihak lain yang boleh membantu mempromosi dan memperkenalkan Program Pendidikan Khas Integrasi.
No comments:
Post a Comment