Selamat Datang Ke PPKI SK BUMIPUTERA, LUNDU

Saturday, November 9, 2013

Peperiksaan akhir tahun 2013 PPKI ~>> Ragam Anak-Anak (>_<)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_IDtHVIhcJ9RQ2OKm46zj45zKm1ERYJb5AGIEw7-r_SLnnAR7guisW6JCUjBtpfUPBPIXWHs8_4WlEK-teyBsxLodX6Dm-6lvFCCs9BTV93z76j11sv1pVJPvIhAq_7hS9MeywRgwv4Q/s1600/ciknurfarah10.png

Pada 21 hingga 24 Oktober 2014, SK Bumiputera menjalankan ujian akhir tahun untuk setiap kelas dan ini termasuk juga kelas PPKI. Setiap murid diberikan ruang dan masa untuk menyiapkan kertas ujian mereka. pelbagai ragam dapat dilihat dalam cubaan mereka untuk menyiapkan kertas soalan mereka..
Hanya sempat mengambil gambar ketika ujian PSV berlansung.. mari kita tgk gaya-gaya mereka jom...





















RUMAH HIJAU PPKI

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Hye semua... Hari ini, nak cakap pasal projek kami yang dah lama dirancang tapi baru sekarang dapat dilaksanakan dengan adanya bantuan daripada guru pelatih IPG Kampus Batu Lintang...

Rumah Hijau PPKI.. itulah projek yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran sekaligus memberikan terapi kepada murid-murid dengan mengadakan aktiviti berkebun sambil bersantai. 

4 Orang guru pelatih yang mengadakan praktikum di sekolah kami membantu mengusahakan projek tersebut. pelbagai jenis tanaman yang ditanam untuk menceriakan kawasan tersebut. 

Dalam tahun depan, diharapkan terdapat tanaman lain yang ingin ditanama dan mungkin juga pokok yang melingkar-lingkar kot.. heheheh...

meh kita round-round tgk gambar meh...






Sunday, September 29, 2013

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri PPKI 2013

Guru, PPM dan Murid-murid PPKI SK Bumiputera

Hello semua (lambai2)....
Assalamulaikum semua (^__^)...

Dah lama senyap sunyi kan? Maklumlah, time puasa mana nak buat aktiviti... jadi dah lepas raya nie, PPKI SK Bumiputera mengadakan lagi satu aktiviti menarik bersempana bulan Syawal yang mulia ini.

03/09/2013... tarikh dipilih oleh PPKI SK Bumiputera untuk mengadakan majlis ramah tamah Aidilfitri pada tahun 2013... sebelum tue, adalah buat menyuarat nak buat apa, nak makan apa, nak beli apa, hiasana macam mana... al maklumlah.. open house.. hehehe...

Sehari sebelum majlis berlangsung, guru dan PPM bekerjasama membuat persiapan-persiapan yang perlu.. meh kita sneak peak diaorg nie....








Banyaknya ketupat....

Dah Jadi akhirnya.... eh! sapa kahwin? (ngehngehngeh)

Saturday, July 20, 2013

KERTAS KERJA 'PPKI FAMILY DAY & TERAPI HIDRO'




KERTAS KERJA
PROGRAM “PPKI FAMILY DAY”
                                                                 ANJURAN
PERSATUAN SOKONGAN IBU BAPA & GURU PPKI
SK BUMIPUTERA, LUNDU


1.0              PENDAHULUAN
Program “PPKI FAMILY DAY” merupakan projek julung kalinya yang dirancang oleh Persatuan Sokongan Ibu Bapa dan Guru PPKI SK Bumiputera, Lundu dengan kerjasama para guru PPKI. Program ini dirancang akan dilaksanakan selama satu hari di kawasan sekitar kawasan Retreat Union. Program ini telah dibincangkan dalam Perjumpaan Persatuan Sokongan Ibu bapa dan guru PPKI SK Bumiputera pertama bagi sesi pertama 2013/2014. Program ini dirancang  bertujuan untuk merapatkan ukhuwah dan silaturahim di antara murid – murid PPKI, ibu bapa dan guru – guru PPKI.

2.0              OBJEKTIF
2.1              Mengeratkan hubungan silaturrahim antara murid - murid PPKI
2.2              Merapatkan jurang antara murid - murid & ibu bapa PPKI dengan para guru PPKI
2.3              Menggalakkan penglibatan murid - murid dalam aktiviti-aktiviti luar yang dijalankan
2.4            Mengamalkan Terapi dalam Pendidikan Khas secara berkesan bersama ibu bapa murid PPKI SK Bumiputera, Lundu.
2.5    Memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang pentingnya Terapi sebagai proses pemulihan bagi anak – anak berkeperluan khas.

3.0              TARIKH DAN TEMPAT
Nama program            : PPKI Family Day
Tempat                        : Retreat & Training Centre
Tarikh                          : 06 Julai 2013
Hari                             : Sabtu

4.0              PESERTA SASARAN
 22 Orang Murid PPKI SK Bumiputera, Lundu

5.0              AJK PELAKSANA
     Sila rujuk lampiran 1

6.0              ATURCARA PROGRAM
    Sila rujuk lampiran 2

7.0              ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
    Sila rujuk lampiran 3

8.0              PENUTUP
Diharapkan agar program ini dapat memberikan impak yang positif kepada jalinan hubungan diantara murid, ibu bapa dan para guru PPKI SK Bumiputera, Lundu. Sehubungan itu, kerjasama dan sokongan daripada semua pihak amat perlu agar objektif yang telah digariskan berjaya dicapai. Sejajar dengan tema program PPKI iaitu ’Kemenjadian murid – murid PPKI tonggak utama’.

”KEMENJADIAN MURID – MURID PPKI TONGGAK UTAMA”


Disediakan oleh,

................................
(CIK KASUMA BINTI MAJID)
Penyelaras
Program ’PPKI Family Day’
SK Bumiputera, Lundu.




Disemak oleh : -

....................................
(HJH NORASIDAH MOHAMAD)
Pengerusi 2
Penolong Kanan PPKI
SK Bumiputera, Lundu   
                       
Disahkan oleh :-

...........................................    
(EN ANNUAR B. HJ LAY)
Guru Besar
Sk Bumiputera , Lundu, Sarawak   



                     

PERKHEMAHAN INTEGRASI ANAK - ANAK ISTIMEWA BAHAGIAN KUCHING 2013

 


Laporan Perkhemahan Integrasi Anak-anak Istimewa Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2013

Pada 18 hingga 21 April 2013 yang lalu, Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran SK Bumiputera, Lundu telah menghantar tiga orang pelajar dan seorang guru pengiring serta seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) untuk menyertai perkhemahan tersebut yang diadakan di Pusat Kokurikulum Negeri Kem Santubong. Perkhemahan yang diadakan selama 4 hari 3 malam ini disertai oleh 61 orang pelajar daripada 23 buah sekolah yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah serta pelajar masalah pendengaran. Antara objektif perkhemahan tersebut ialah meningkatkan tahap keyakinan diri anak-anak istimewa, meningkatkan kemahiran sosial serta mengeratkan hubungan silaturahim antara peserta.
Pada hari pertama diadakan pendaftaran peserta iaitu bermula pada pukul 2.00 hingga 4.00 petang. Kemudian, peserta-peserta memasang khemah masing-masing di tapak perkhemahan. Selepas itu diadakan taklimat yang dilakukan oleh Kem Komandan, Tuan Abang Shamsudin Abang Ahmad. Pada sebelah malamnya pula, peserta-peserta diagihkan kepada 8 kumpulan besar yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah, termasuk pelajar pendidikan khas masalah pendengaran. Peserta-peserta balik tidur pada pukul 10 malam.
Pada hari kedua pula, dimulakan dengan aktiviti senamrobik. Kemudian, peserta-peserta berpecah kepada stesen-stesen yang telah ditetapkan. Bagi kumpulan pelajar-pelajar PPKI SK Bumiputera, Lundu , aktiviti pertama yang dilakukan ialah ‘Flying Fox’, kemudian, ‘Wall Climbing’, seterusnya murid – murid pulang ke dewan untuk makan tengahari dan solat. Pada sebelah petangnya pula, peserta-peserta dibawa ke pantai untuk melakukan aktiviti membina istana pasir dan keselamatan di air. Di sini, peserta-peserta diajar untuk meningkatkan keyakinan diri ketika berada di dalam air. Pada sebelah malamnya pula, diadakan persediaan dan latihan persembahan untuk malam kebudayaan.
Hari ketiga perkhemahan juga dimulakan dengan sarapan pagi, kemudian setiap peserta berkumpul mendengar taklimat sebelum menaiki bas untuk aktiviti melawat bandaraya Kuching. Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan besar untuk menaiki dua buah bas. Setiap guru pengiring perlu memastikan keselamatan murid – murid masing – masing sepanjang lawatan ke Kuching. Selepas makan tengahari dan solat, semua murid berkumpul untuk menjalankan aktiviti Ikhtiar Hidup. Semua murid berada dalam kumpulan  masing – masing untuk menghidupkan api bagi memasak telur rebus. Selepas akitviti ikhtiar hidup, semua murid pulang semula ke dewan dan bersedia untuk aktiviti Sukaneka. Pada malamnya pula, acara kemuncak diadakan, iaitu malam kebudayaan. Semua kumpulan membuat persembahan masing-masing.
Hari terakhir perkhemahan, pada paginya, para peserta mengemas khemah masing-masing dan membuat kerja pembersihan tapak perkhemahan serta persiapan majlis penutupan .Pukul 10.30 pagi, upacara majlis penutupan dijalankan. Perasmian Penutupan telah dilakukan oleh Pn. Vendery Milah Nata , Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak. Majlis tamat pada pukul 12.00 tengah hari.
Kami berharap dengan adanya aktiviti seperti ini bukan sahaja dapat meningkatkan tahap keyakinan diri anak-anak istimewa, malah dapat meningkatkan kemahiran sosial serta dapat mempelajari pengalaman perkhemahan seperti mana anak-anak yang lain. Semoga aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.









Wednesday, July 17, 2013

Koir sempena Perasmian PDK Sri Gading

(Senyum2) Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... 
Apa pula yang ingin di"post" nie yerk?

oho, dah ingat... (sambil melompat2) (=_=") ---> cikgu pun ala2 pendidikan khas juga... hehehehe...

Sekali lagi, PPKI kami menyertai aktiviti-aktiviti nyanyian (koir lor)... kali ini bersempena dengan majlis perasmian PDK Sri Gading di Lundu Sarawak....

Seramai 9 orang murid PPKI SK Bumiputera menyanyi lagu "Terima Kasih 1 Malaysia".

Turut hadir di majlis tersebut ialah
1. Ahli Parlimen Santubong Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar
2. YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga






OBJEKTIF PDK PAKMA GADING
----> Merapatkan tali silaturahim antara warga pusat PDK Pakma Gading Daerah Lundu dengan penduduk setempat.
----> Memberi pendedahan kepada penduduk setempat tentang tujuan pembukaan pusat PDK.

SEJARAH PDK

----> Ditubuhkan pada tahun 2011, di rumah sewa Kpg Semunin Cina.
----> Merupakan PDK Pertama di daerah Lundu.
----> Dengan usaha Pn Sri Amar Dato Hajah Jamilah bt Hj. Anu, Penaung Pusat PDK Pakma Gading.
----> Ditadbir oleh satu jawatankuasa terdiri daripada 15 orang.
----> 21 orang pelatih yang berdaftar dan sehingga kini bilangan meningkat kepada 71 orang.

29 di PDK, 6 penyelia, 5 petugas, 2 di rumah.

di bawah adalah link untuk melihat rakaman koir PDK