Selamat Datang Ke PPKI SK BUMIPUTERA, LUNDU

Friday, February 21, 2014

SELAMAT DATANG PENOLONG KANAN BARU PPKI SK BUMIPUTERA

Dengan perpindahan guru penolong kanan PPKI SK Bumiputera, Cikgu Norasidah ke Kuching. PPKI SK Bumiputera kehilangan penolong kanan mereka. Walaupun begitu, PPKI SK Bumiputera menerima berita gembira iaitu kehadiran penolong kanan baru dari SK Rampangi yang bakal menggantikan Cikgu Norasidah.

Penolong Kanan PPKI kami yang baru, Puan Latifah Binti Bujang lahir pada 25 haribulan May, tahun 1965. Merupakan anak kelahiran Kampung Bajo, Lundu. Mempunyai 13 orang adik beradik dan 3 orang anak lelaki. Seorang cikgu yang memang minat berkebun (menjadi-jadi kebun di belakang PPKI). Bidang pengkhususan PSR(PM).

Seorang cikgu yang suka melawak dan sempoi, nyata mudah didekati dan serius dalam pekerjaan.

MOTO HIDUP: SERBA BOLEH

Diharapkan PPKI SK Bumiputera semakin maju ke hadapan..




Thursday, February 20, 2014

Jasamu tetap dikenang... Selamat Jalan, semoga berjumpa lagi..

20 Februari 2014, tarikh yang sukar dilupai... Hari ini merupakan hari di mana Penolong Kanan PPKI kami yang disayangi bakal berpindah sekolah. Hajah Norasidah binti Mohamad telah berkhidmat di sekolah SK Bumiputera selama 12 tahun. Beliau berpindah ke SK Gita 2 sebagai Penolong Kanan baru di sana.

Hajah Norasidah binti Mohamad....
Lahir pada tahun 1966, bertarikh 26 Januari. Anak kedua daripada 8 adik beradik ini berasal dari Kabong, Sarawak. Beliau pernah bertugas di SK Sg. Biar Bakong, Miri -> SK St. Joseph, Miri -> SK Sebako, Lundu -> SK Bumiputera, Lundu.

Beliau dikurniakan 4 orang anak, 3 orang putera dan seorang puteri. Seorang guru dan ibu yang berdedikasi serta prihatin terhadap pembelajaran. Beliau juga turut menyelaraskan bacaan Yasin setiap hari Jumaat. Sesungguhnya, jasa beliau begitu banyak dan tidak terkira di sekolah ini...

Guru-guru PPKI SK Bumiputera dan Persatuan Sokongan Ibu Bapa dan Guru PPKI telah mengadakan majlis Perpisahan untuk Hajah Norasidah binti Mohamad pada 19 Februari 2014. Suasana majlis dipenuhi kesedihan kerana ibu bapa dan guru-guru telah lama mengenali beliau dan menganggap beliau seorang rakan dan saudara yang sangat rapat. 

Semoga Puan Hajah Norasidah berbahagia di samping keluarga beliau yang berada di Kuching dan gembira menjalankan tugas di tempat baru. Anda akan sentiasa berada di dalam ingatan kami.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan. 
 




Saturday, February 8, 2014

Pizzaaaaaaaaa...nyum!!

07 FEBRUARI 2014...  Hari nie hari memasak bagi KSSR Tahun 4 Pendidikan Khas... wahh... semangat cikgu2 semua mendengar makanan tersebut.. murid dan gurunya pun mcam2 stail nak memasak... tapi resultnya, fuhh, sedap hingga menjilat jari.. hahahaha..

apa lagi? jom kita layan gambar-gambar diaorg....

Inilah cikgu KH Tahun 4.. Cikgu Hanis Amirah

sebelum itu, kita tgk dulu bahan2 yang diperlukan....
  1. piza base 6 keping
  2. daging cincang (ayam/ daging)
  3. cendawan
  4. tuna
  5. mayonis
  6. sos cili
  7. lada hitam
  8. bawang merah/bawang besar
  9. sosej
  10. cheddar/ cheese parut.
bahan-bahan piza
RAGAM Garelfin... ish2 budak nie..

chef-chef kecil dan besar... (^__^)