Selamat Datang Ke PPKI SK BUMIPUTERA, LUNDU

Monday, April 25, 2016

Inovasi - Mencari ilham di sekeliling kotak

19 April 2016...
PPKI SK Bumiputera mengadakan satu lagi aktiviti yang melibatkan kanak-kanak istimewa ini dengan mengcungkil idea mereka di dalam minggu Sains dan Inovasi...
Pelbagai ragam murid-murid dapat dilihat waktu ini dengan pelbagai jenis rekaan yang kadang-kadang macam luar alam sikit, tapi dah namanya inovasi, kita tengok sahaja... (sengih2)

Tema untuk tahun ini adalah dengan menghasilkan rekaan menggunakan kotak, dan boleh ditambah bahan-bahan lain seperti botol plastik, kertas, suratkhabar dan pelbagai lagi. 

Selain itu, turut disertakan hari membuat eksperimen untuk murid-murid PPKI... betapa seronoknya mereka apabila melihat reaksi lava (gandingan cuka, minyak dan baking soda), dan kagumnya mereka melihat aliran air melalui tissue paper dan kobis....

berikut merupakan susunan aktiviti selama 4 hari berturut-turut bersama gambar-gambarnya....

Hari Selasa, 19 April 2016
  • Taklimat daripada Cikgu Suriany mengenai perancangan aktiviti
  • Taklimat aktiviti hari ini - inovasi membuat bahan menggunakan kotak terpakai.
  • Pembahagian secara kumpulan kecil (2 orang satu kumpulan)

















Hari Rabu, 20/4/2016
  • Taklimat aktiviti hari ini - inovasi secara berkumpulan besar menggunakan pelbagai jenis bahan kitar semula

Hari Khamis, 21/4/2016
  • Taklimat mengenai eksperimen sains
  • murid dibahagikan dalam 3 kumpulan.
  • guru dan murid membuat 6 aktiviti eksperimen.
  • Murid membuat 3 aktiviti sendiri.



Mini Lava

Aliran air

Hari Jumaat, 22/4/2016
  • Tayangan perdana 2 jam
  • majlis penyampaian hadiah kepada pemenang.
WAYANG MENGENAI INOVASI DAN PLANET




TEMPAT KEDUA

TEMPAT KETIGA

TEMPAT PERTAMA


MENERIMA HADIAH DAN SAGUHATI


Monday, April 4, 2016

AUTISM AWARENESS - LIGHT IT UP BLUE

Assalamualaikum dan salam sejahtera... begitu lama rasanya tak meng update blog nie... biasalah, busy dengan kerja-kerja di sekolah, tak terdaya masih nak menjenguk blog nie... 
Baiklah, kali ini saya ingin berkongsi aktiviti kami yang terkini iaitu sambutan hari Autisme Sedunia. Kalau diikutkan, hari autisme jatuh pada 2 April 2016 (Sabtu), tapi sekolah x da time tue jadi dianjak ke hari Isnin iaitu 4 April 2016.
Sambutan di sekolah kami kecil-kecil sahaja walaupun begitu, kami melibatkan satu sekolah dengan mencadangkan pemakaian warna biru untuk turut menyokong autisme...


Aktiviti lain yang dibuat untuk hari tersebut adalah Menonton Wayang mengenai Autisme, Membuat Poster dan Mewarna.
Aktiviti Menonton wayang - My Name is Khan




Aktiviti Mewarna