Selamat Datang Ke PPKI SK BUMIPUTERA, LUNDU

Friday, July 29, 2016

Majlis Perpisahan Kak Siela Tersayang... (T_T)

PPKI SK Bumiputera telah kehilangan seorang PPM yang serba boleh pada minggu lepas. Majlis perpisahan diadakan untuk Puan Susilawati Binti Sahari hari Jumaat lepas, beliau telah berkhidmat di sekolah ini selama 6 tahun sebagai Pembantu Pengurusan Murid Pendidikan Khas dan memberi banyak sumbangan yang pelbagai kepada PPKI SK Bumiputera. Hasil ciptaan kreatifnya bakal dirindui oleh cikgu-cikgu sekolah ini.




Seorang yang aktif dan juga penyayang serta peramah, ketiadaannya akan dirindui oleh semua pihak khususnya murid-murid di bawah jagaannya. 

Diharapkan kak Siela bahagia bertugas di tempat baru. Jasamu sentiasa dalam kenangan.