Selamat Datang Ke PPKI SK BUMIPUTERA, LUNDU

Friday, February 21, 2014

SELAMAT DATANG PENOLONG KANAN BARU PPKI SK BUMIPUTERA

Dengan perpindahan guru penolong kanan PPKI SK Bumiputera, Cikgu Norasidah ke Kuching. PPKI SK Bumiputera kehilangan penolong kanan mereka. Walaupun begitu, PPKI SK Bumiputera menerima berita gembira iaitu kehadiran penolong kanan baru dari SK Rampangi yang bakal menggantikan Cikgu Norasidah.

Penolong Kanan PPKI kami yang baru, Puan Latifah Binti Bujang lahir pada 25 haribulan May, tahun 1965. Merupakan anak kelahiran Kampung Bajo, Lundu. Mempunyai 13 orang adik beradik dan 3 orang anak lelaki. Seorang cikgu yang memang minat berkebun (menjadi-jadi kebun di belakang PPKI). Bidang pengkhususan PSR(PM).

Seorang cikgu yang suka melawak dan sempoi, nyata mudah didekati dan serius dalam pekerjaan.

MOTO HIDUP: SERBA BOLEH

Diharapkan PPKI SK Bumiputera semakin maju ke hadapan..