Selamat Datang Ke PPKI SK BUMIPUTERA, LUNDU

Tuesday, July 9, 2013

PPKI FAMILY DAY + TERAPI AIR

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. (^_^)

Sekali lagi PPKI SK Bumiputera telah menjalankan aktiviti menarik untuk tahun ini iaitu aktiviti "Family Day". Aktiviti ini berlansung pada 06 Julai 2013 pada hari Sabtu, bermula daripada pukul 7.30 hingga pukul 1 tengahari.

Program "PPKI Family Day" merupakan projek yang julung kalinya dirancang oleh Persatuan Sokongan Ibu Bapa dan Guru PPKI SK Bumiputera, Lundu dengan kerjasama para guru PPKI. Program ini dilaksanakan selama satu hari di kawasan sekitar Retreat & Training Centre. Program ini juga turut melibatkan aktiviti terapi hidro untuk murid-murid PPKI sebagai cara untuk meningkatkan lagi perkembangan fizikal dan mental murid-murid. Program terapi hidro membantu murid-murid untuk membina "water-confidence" mereka di dalam air.

Program ini dirancang untuk merapatkan lagi ukhuwah dan silaturahim di antara murid-murid PPKI, ibu bapa dan guru-guru PPKI. Selain daripada itu, program ini juga bertujuan untuk menggalakkan penglibatan murid-murid di dalam aktiviti-aktiviti luar yang dijalankan dan  membantu memberikan pendedahan kepada kepada ibu bapa tentang pentingnya terapi sebagai proses pemulihan bagi anak-anak berkeperluan khas.


PERSEDIAN SEBELUM PERGI KE RETREATS....

▼▼▼▼▼▼
▼▼▼▼
▼▼

 



▲▲▲▲ Menyusun peralatan dan menyemak kehadiran.▼▼▼▼


X RISAU, SEMUA BOLEH MASUK! (^_^)
CIKGU-CIKGU YANG TERLIBAT....











....