Selamat Datang Ke PPKI SK BUMIPUTERA, LUNDU

Thursday, April 3, 2014

Latihan PETANQUE dan FUTSAL PPKI untuk pertandingan

Pada 3  hingga 4 April 2014,  PPKI Daerah Lundu mengadakan latihan berpusat untuk permainan petanque dan futsal di SK Bumiputera bagi persediaan untuk pertandingan petanque dan futsal PPKI Peringkat Negeri yang akan diadakan tidak lama lagi di Kota Samarahan. 
Murid-murid dengan bantuan guru diajar cara-cara yang betul bagi setiap permainan dan cara untuk memastikan mereka memperolehi markah. Kesemua guru dan murid-murid memberi kerjasama di dalam latihan mereka. 
Pelbagai gaya boleh dilihat dipamerkan oleh murid-murid di dalam latihan tersebut.