Selamat Datang Ke PPKI SK BUMIPUTERA, LUNDU

Thursday, April 17, 2014

Pertandingan Futsal Pendidikan Khas peringkat negeri Sarawak 2014

Pada 16 hingga 17 April 2014, PPKI SK Bumiputera telah menghantar 10 orang pemainnya untuk menyertai pertandingan Futsal Pendidikan Khas bagi peringkat Negeri Sarawak. Latihan telah dijalankan sebelum itu. Walaupun tidak berjaya ke peringkat akhir disebabkan oleh kecederaan pemainnya, PPKI SK Bumiputera bangga dengan pemain-pemain yang mewakili sekolah dan daerah tersebut.
Diharapkan tahun depan, PPKI SK Bumiputera mampu sampai ke peringkat akhir.

berikut merupakan senarai pemain-pemain yang mewakili daerah Lundu.

Nickson ak Nata
Fredik ak Adam

Geralfin Ak Ela
Awang Khamis bin Awg Amit

Mohd Hafiz Asyraf bin Irwan
Mohd Izzumi Izauddin bin Eshak

Franky ak Nata
Albert Jahil ak Job


Thursday, April 3, 2014

Latihan PETANQUE dan FUTSAL PPKI untuk pertandingan

Pada 3  hingga 4 April 2014,  PPKI Daerah Lundu mengadakan latihan berpusat untuk permainan petanque dan futsal di SK Bumiputera bagi persediaan untuk pertandingan petanque dan futsal PPKI Peringkat Negeri yang akan diadakan tidak lama lagi di Kota Samarahan. 
Murid-murid dengan bantuan guru diajar cara-cara yang betul bagi setiap permainan dan cara untuk memastikan mereka memperolehi markah. Kesemua guru dan murid-murid memberi kerjasama di dalam latihan mereka. 
Pelbagai gaya boleh dilihat dipamerkan oleh murid-murid di dalam latihan tersebut.