Selamat Datang Ke PPKI SK BUMIPUTERA, LUNDU

Thursday, February 20, 2014

Jasamu tetap dikenang... Selamat Jalan, semoga berjumpa lagi..

20 Februari 2014, tarikh yang sukar dilupai... Hari ini merupakan hari di mana Penolong Kanan PPKI kami yang disayangi bakal berpindah sekolah. Hajah Norasidah binti Mohamad telah berkhidmat di sekolah SK Bumiputera selama 12 tahun. Beliau berpindah ke SK Gita 2 sebagai Penolong Kanan baru di sana.

Hajah Norasidah binti Mohamad....
Lahir pada tahun 1966, bertarikh 26 Januari. Anak kedua daripada 8 adik beradik ini berasal dari Kabong, Sarawak. Beliau pernah bertugas di SK Sg. Biar Bakong, Miri -> SK St. Joseph, Miri -> SK Sebako, Lundu -> SK Bumiputera, Lundu.

Beliau dikurniakan 4 orang anak, 3 orang putera dan seorang puteri. Seorang guru dan ibu yang berdedikasi serta prihatin terhadap pembelajaran. Beliau juga turut menyelaraskan bacaan Yasin setiap hari Jumaat. Sesungguhnya, jasa beliau begitu banyak dan tidak terkira di sekolah ini...

Guru-guru PPKI SK Bumiputera dan Persatuan Sokongan Ibu Bapa dan Guru PPKI telah mengadakan majlis Perpisahan untuk Hajah Norasidah binti Mohamad pada 19 Februari 2014. Suasana majlis dipenuhi kesedihan kerana ibu bapa dan guru-guru telah lama mengenali beliau dan menganggap beliau seorang rakan dan saudara yang sangat rapat. 

Semoga Puan Hajah Norasidah berbahagia di samping keluarga beliau yang berada di Kuching dan gembira menjalankan tugas di tempat baru. Anda akan sentiasa berada di dalam ingatan kami.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.