Selamat Datang Ke PPKI SK BUMIPUTERA, LUNDU

Friday, August 28, 2015

Hari Keusahawanan PPKI

Pada 26 Mei 2015 hingga 27 Mei 2015, guru dan murid PPKI telah menjalankan Hari Keusahawanan dan Jualan Amal PPKI di kelas mereka sebagai salah satu aktiviti wajib sepanjang tahun. Aktiviti yang berlansung selama 2 hari itu mempamerkan pelbagai jenis lauk pauk dan kuih-muih yang dijual oleh para guru dan murid PPKI sebagai salah satu cara mengumpul dana bagi menampung aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan nanti. 
Aktiviti ini bertujuan untuk mengajar murid cara pengurusan jual beli barang dan meningkatkan kemahiran mereka di dalam subjek Matematik. Selain itu, aktiviti ini membantu murid-murid untuk bersosial dan menerapkan nilai murni seperti amanah dan jujur di dalam perniagaan.
Diharapkan aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi dengan jayanya pada tahun yang akan datang.

Thursday, August 6, 2015

MAJLIS KONGSI RAYA PPKI 2015

6 OGOS 2015, PPKI SK Bumiputera telah mengadakan Majlis Kongsi Raya PPKI untuk tahun 2015. Kesemua ibu bapa, guru dan murid memberi kerjasama di dalam menjayakan Majlis tersebut... Kami juga turut diceriakan dengan kehadiran Encik Poniman bin Bejok, Ketua Pegawai PPD Lundu dan Pegawai Bahagian Pendidikan Khas, En Calvin Chang Seng Long....






























Friday, May 8, 2015

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPKI SK BUMIPUTERA

Pada 6 Mei 2015 iaitu pada hari Rabu yang lalu, Kelas PPKI SK Bumiputera, Lundu telah mengadakan Karnival Permainan Tradisional 2015.  Aktiviti ini disertai oleh 11 orang guru, 31 orang murid PPKI yang diiringi oleh ibu bapa bagi melengkapkan karnival tersebut. Aktiviti ini telah dilaksanakan di Padang Majlis Daerah Lundu, Lundu.
Karnival Permainan Tradisional ini dianjurkan bagi memperkenalkan salah satu elemen kebudayaan melalui permainan tradisional kepada Murid Berkeperluan Khas. Permainan Tradisional ini merupakan permainan yang diwarisi turun temurun di mana ia melibatkan kemahiran asas lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan yang meliputi gaya hidup sihat untuk memperoleh kecergasan, ketenangan dan menangani tekanan. Antara contoh permainan tradisional ialah congkak, batu seremban, galah panjang, ketinting, tuju selipar dan lain-lain lagi.  Objektif aktiviti ini adalah untuk mengaplikasikan aktiviti terapi kepada murid yang menjadi elemen penting kepada murid PPKI. Di samping itu aktiviti ini juga akan meningkatkan kreativiti dan kemahiran sosial murid.
Program bermula dengan berkumpul dan mengambil kehadiran serta pendaftaran murid dan ibu bapa di Kelas PPKI di SK Bumiputera.  Seterusnya, kami berkumpul di Padang MDL yang yang terletak bertentangan dengan SK Bumiputera. Program dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Izzudin Bin Adam dan diikuti dengan ucapan kata alu-aluan oleh Yang Dipertua Pengerusi Persatuan Sokongan Ibu Bapa dan Guru PPKI, seterusnya diikuti dengan ucapan daripada Guru Besar SK Bumiputera, En Annuar bin Hj Lay. Acara diteruskan dengan ucapan perasmian daripada Pegawai Pendidikan Daerah Lundu, Bahagian Pendidikan Khas, En Calvin Chang Seng Leong. Acara simbolik Perasmian tersebut disempurnakan dengan menyumpit belon daripada En Calvin Chang Seng Leong.
Seterusnya, murid berbaris mengikut lima kumpulan seperti yang telah ditetapkan. Nama kumpulan tersebut ialah Hang Tuah, Hang Nadim, Hang Lekiu, Hang Jebat dan Hang Lekir. Seterusnya, acara diteruskan dengan acara senam seni 1 Malaysia yang diketuai oleh Pn Brenda bt Ubang. Acara tersebut berlangsung selama 25 minit. Selesai senam seni 1 Malaysia, acara pertandingan permainan tradisional bermula pada pukul 09:30 pagi. Berikut adalah acara-acara yang dipertandingkan pada hari tersebut:
·                Murid/ peserta
o  Congkak
o  Cap teh/ menimbang bola takraw
o  Batu Seremban
o  Ketingting
o  Tuju guli
o  Galah panjang

·                Acara murid bersama ibu bapa
o  Sorong kereta / Tarik upih

·                Ibu bapa dan guru
o   Kupas kulit buah kelapa
o   Menganyam ketupat
o   Rebut negeri

Wednesday, April 1, 2015

Karnival Kejohanan Futsal Pendidikan Khas Peringkat Pendidikan Khas

Pada 30 hingga 31 Mac 2015, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lundu telah menghantar satu kontijen pemain futsal dari empat buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah yang mempunyai Program Pendidikan Khas dan Integrasi (PPKI) untuk menyertai Karnival Kejohanan Futsal Pendidikan Khas peringkat negeri Sarawak yang dijalankan di Stadium Tertutup Kota Samarahan, Kota Samarahan.
       

Monday, March 30, 2015

KEJOHANAN OLAHRAGA PADANG DAN BALAPAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI SARAWAK

Pada 24 hingga 26 Mac 2015, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lundu telah menghantar satu kontinjen atlet dari empat buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi untuk menyertai Kejohanan Olahraga Padang Dan Balapan Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sarawak yang dijalankan di Stadium Terbuka Kota Samarahan, Kota Samarahan.
Kontinjen PPD Lundu menghantar  29 orang atlet, iaitu 11 orang murid lelaki dan 8 orang murid perempuan untuk menyertai sebanyak 14 jenis acara. Kontinjen ini juga diiringi oleh seorang pengurus, dua orang jurulatih dan 7 orang guru pengiring dari sekolah-sekolah yang menyertai kejohanan ini.
Sekolah Kebangsaan Bumiputera telah menghantar dua orang guru pengiring dan empat orang atlet junior (dua lelaki dan dua perempuan). Murid dan guru yang mewakili adalah seperti berikut:
i.              Cik Zufazela Mansuriwaty binti Badar (Guru Pengiring)
ii.             Puan Susilawati binti Sahari (Guru Pengiring)
iii.            Awang Khamis bin Awang Amit (4x100m)
iv.              Mohd Hafiz Asyraf bin Irwan (Lontar Peluru)
v.                Fazlin Binti Zakaria (100m, Lompat Jauh)
vi.               Zarith Athirah binti Gapur (Lompat Jauh)

Tuesday, February 10, 2015

Kedatangan guru baru ke PPKI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya... lama tak dengar beritakan? Maklumlah dengan kesibukan program di awal Januari.. Semua sibuk ke hulu ke hilir dulu.. dah settle baru boleh kita relax dan beri berita terkini..

baiklah, seperti tajuk yang dah post kat atas tue.. kami PPKI SK Bumiputera menerima guru baru merangkap ustaz yang memang pengkhususannya JQAF PPKI.. Alhamdulillah!

Mari kita berkenalan dengan Ustaz baru nie lah yer....




Inilah dia Ustaz baru yang datang ke SK Bumiputera, Lundu. Melangkah masuk ke kelas PPKI pada 27 Januari 2015 dengan sopannya v(^ . ^)v (biasalah, orang baru kan.. hahahaha)... Namanya Ustaz Mohammad Izzudin bin Adam, merupakan anak kelahiran Johor (nanti suruh dia ajar murid-murid zapin Johor, kehkehkeh)

Mempunyai 6 orang adik-beradik dan taraf perkhawinan dia, belum berpunya lagi (Jadi sapa2 nak jadikan menantu, sila2... Huahahahaha)

Pernah belajar di UKM di dalam bidang Usuluddin dan Falsafah kemudian masuk IPG Batu Pahat, Johor dalam kursus DPLI-SR J-QAF PPKI.

Katanya minat dia suka mengkaji benda baru, memang adventurous jugak bunyinya tue... (termasuk mencuba makanan sarawak kot, heheheh) Moto hidupnya: ALLAH SWT TUHANKU, MUHAMMAD SAW NABIKU..

PPKI SK Bumiputera mengucapkan selamat datang dan moga bergembira di tempat baru dengan rakan baru dan murid-murid pelbagai gaya...

Tidak dilupakan jugak, terima kasih diucapkan kepada Ustazah Che Salmah kerana membantu mengajar Pendidikan Islam selama ini.. TQ2! (^.^)