Selamat Datang Ke PPKI SK BUMIPUTERA, LUNDU

Friday, August 26, 2016

Jelajah Merdeka 2016

Pada 25 Ogos 2016, PPKI SK Bumiputera mengadakan aktiviti bulan Kemerdekaan dikenali sebagai Jelajah Merdeka. Ala-ala explorace kita yerk..

Murid-murid diberikan taklimat program tersebut dan kemudiannya dibahagikan kepada 5 kumpulan. setiap kumpulan mesti pergi ke semua stesen yang ditetapkan dan menyiapkan semua tugasan yang diberikan sebelum mendapat klu seterusnya. Kerjasama amata dititik beratkan pada ketika itu. Kesemua murid-murid bersemangat di dalam menyiapkan tugasan mereka. 



Stesen Memadankan Bendera dengan betul.






Stesen Mengenali Perdana Menteri Malaysia


Stesen Menghafal lirik lagu  Ibu Pertiwiku



Stesen Mengenalpasti kedudukan negeri di Malaysia






Murid-murid melaungkan "Merdeka" sebanyak 7 kali.

Diharapkan aktiviti sebegini dapat meningkatkan lagi semangat patriotik murid-murid PPKI.

Thursday, August 25, 2016

Karnival Pendidikan Khas SK Bumiputera - Part 2 Bengkel Masakan Tanpa Api

Hai, mari kita sambung lagi corat coret kita pada hari ini...
24 OGOS 2016, aktiviti kali ini lebih melibatkan masakan di mana murid-murid diajar memasak tanpa menggunakan dapur. Dua aktiviti yang berlangsung dari pukul 8 hingga 12 tengahari. 

Aktiviti yang pertama adalah aktiviti membuat lapis biskut cheese. Sebanyak 25 orang murid dengan dibantu oleh ibu bapa, guru, staf AKP sekolah dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) menyediakan satu lapis biskut cheese yang kemudiannya dibawa pulang oleh mereka. Murid-murid nampaknya seronok melakukan aktiviti ini. Pelbagai feshen lapis dilakukan oleh murid-murid tersebut.



Murid dibahagikan kepada kumpulan dan dibantu oleh guru, ibu bapa atau PPM untuk melakukan aktiviti tersebut langkah demi langkah.



Membuat lapisan sambil diajar oleh Cikgu Izzudin

Membaca resepi Kek Lapis
Hasil Kerja murid kemudiannya disejuk beku di Prasekolah sebelum dibawa pulang oleh murid-murid tersebut. Cantik kan hasil kerja mereka??



Wednesday, August 24, 2016

KARNIVAL PPKI 2016 - BENGKEL MULTISENSORI


Pada 23 Ogos 2016, pukul 2.30 hingga 4 petang... murid-murid PPKI SK Bumiputera terlibat dengan bengkel multisensori yang diajar oleh en Harry Tommy, jurupulih pakar terapi Hospital Lundu. Sebanyak 20 org murid hadir bersama ibu bapa mereka untuk turut serta dalam bengkel tersebut






































Friday, August 12, 2016

MAJLIS PERPISAHAN KAK HAYATI BINTI SAHARI

Selepas kak Siela, sorang lagi PPM kami turut mengikuti langkahnya. Hayati binti Sahari, atau kak Yati mendapat surat berpindah untuk berada dekat dengan keluarga beliau pada minggu seterusnya. 
Beliau juga telah lama berkhidmat di PPKI SK Bumiputera dan banyak menyumbangkan bakti selama beliau bekerja di sini. 
Diharapnya Puan Hayati bahagia di sana bersama keluarga dan sukses selalu di tempat baru.

Friday, July 29, 2016

Majlis Perpisahan Kak Siela Tersayang... (T_T)

PPKI SK Bumiputera telah kehilangan seorang PPM yang serba boleh pada minggu lepas. Majlis perpisahan diadakan untuk Puan Susilawati Binti Sahari hari Jumaat lepas, beliau telah berkhidmat di sekolah ini selama 6 tahun sebagai Pembantu Pengurusan Murid Pendidikan Khas dan memberi banyak sumbangan yang pelbagai kepada PPKI SK Bumiputera. Hasil ciptaan kreatifnya bakal dirindui oleh cikgu-cikgu sekolah ini.




Seorang yang aktif dan juga penyayang serta peramah, ketiadaannya akan dirindui oleh semua pihak khususnya murid-murid di bawah jagaannya. 

Diharapkan kak Siela bahagia bertugas di tempat baru. Jasamu sentiasa dalam kenangan.


Thursday, July 28, 2016

mAJliS kOngSi RayA PPKI Sk BuMipUtErA

Pada tahun ini, sekali lagi PPKI SK Bumiputera mengadakan sambutan Kongsi Raya 2016.
Majlis Kongsi Raya tersebut diadakan pada 28 Julai 2016 bertempat di hadapan Quarters Staf SK Bumiputera...


persediaan sebelum Majlis...





 Hari Majlis Kongsi Raya








Pihak Sekolah Amanah