06 MAC 2014, HARI KHAMIS....(eceh mcm diari lah plak, hehehe)
PPKI SK BUMIPUTERA pada tahun ini memulakan aktiviti pertama mereka dengan mengadakan SUKANEKA PPKI peringkat sekolah yang bertempat di padang Majlis Daerah Lundu.

Cantikk tak banner nie? heheheh... cute sesangat... ok, ok, back to the point... heheheh
Mesyuarat diadakan pada 26 Feb 2014 bersama ibu bapa untuk bergotong royong menjayakan program ini. Pada hari itu juga guru dan ibu bapa membahagikan tugasan masing-masing pada hari sukaneka tersebut. antara jawatankuasa-jawatankuasa yang dibincangkan ialah, siaraya, hakim, ajk makanan, dan alatan. Guru-guru juga meminta kerjasama para ayah untuk membantu memassangkan khemah pada hari Rabu, 5 Mac 2014.
Pada 05 Mac 2014, golongan ayah-ayah bersama dengan Cikgu Keprawi bersama-sama menyediakan tempat untuk sukaneka di padang MDL (Majlis Daerah Lundu). Ada yang memasang khemah, ada yang menyediakan garisan dan juga yang turut membuat tanda.
Akhirnya tibalah hari yang dinanti-nanti.. Ibu bapa, guru, PPM, dan murid-murid begitu bersemangat ingin memulakan aktiviti sukaneka pada hari tersebut. Pelbagai ragam yang boleh dilihat dan ada juga yang turut membangkitkan tawa para ibu bapa dan guru... anak-anak ini semua begitu semangat untuk mendapat tempat pertama, malah semangat kesukanan mereka juga turut menerbitkan senyum sengih guru dan ibu bapa... marilah kita tengok gambar-gambar yang dapat diambil pada hari sukaneka itu...
Sebelum Program/ Penyediaan Tempat
jom bersarapan dulu....
Bersama-sama menyediakan tempat...
 |
Cikgu hanis tetap menjalankan tugasnya mengambil kedatangan. |
Warming up dulu nie...
AKTIVITI SENAMROBIK/WARMING UP
Upacara Perasmian Oleh Guru Besar SK Bumiputera, En Annuar bin Haji Lay.
Dan Acara pun bermula......
 |
macam terbang dah gayanya... |
 |
Cikgu Keprawi menerangkan peraturan-peraturan.... |
 |
Ketua Kumpulan Zuhal... |
Mari kita tengok gaya budak-budak nie masukkan air dalam botol.
 |
Yeah! saya boleh lakukannya... |
 |
nie tak tahan nie, asal dah habis satu acara, budak-budak nie mula berkerumun tgk papan markah. |
 |
Timbalan Pengerusi jadi hakim pada hari nie.. |
gaya murid-murid meletakkan jeli dalam pinggan... :D
acara ayah dan anak...
 |
aik, ayah-ayah pun x sabar tgk markah juga? |
No comments:
Post a Comment