Selamat Datang Ke PPKI SK BUMIPUTERA, LUNDU

Wednesday, April 1, 2015

Karnival Kejohanan Futsal Pendidikan Khas Peringkat Pendidikan Khas

Pada 30 hingga 31 Mac 2015, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lundu telah menghantar satu kontijen pemain futsal dari empat buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah yang mempunyai Program Pendidikan Khas dan Integrasi (PPKI) untuk menyertai Karnival Kejohanan Futsal Pendidikan Khas peringkat negeri Sarawak yang dijalankan di Stadium Tertutup Kota Samarahan, Kota Samarahan.
       
     Kontijen Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lundu telah menghantar seramai 14 orang pemain futsal yang mana tujuh orang murid lelaki daripada sekolah rendah dan tujuh orang murid lelaki daripada sekolah menengah. Manakala pemain futsal ini telah diiringi seramai lapan orang guru pengiring, iaitu empat orang guru pengiring lelaki dan empat orang guru perempuan dari sekolah-sekolah yang menyertai kejohanan ini.
            Sekolah Kebangsaan Bumiputera telah menghantar dua orang pemain dan seorang guru pengiring di sepanjang kejohanan dijalankan. Murid dan guru yang mewakili adalah seperti berikut :
1.    En. Mohammad Izzudin Bin Adam (Guru Pengiring)
2.    Mohammad Hafiz Asyraf Bin Irwan (Pemain)
3.    Awang Khamis Bin Awang Amit (Pemain)
Guru pengiring dan pemain Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lundu bergerak bersama-sama menggunakan sebuah bas yang telah disediakan oelg pihak PPD pada 29 Mac 2015 menuju ke tempat penginapan iaitu di Kolej Dahlia Universiti Malaysia Sarawak (UNiMAS) dan ke padang Universiti Malaysia Sarawak (UNiMAS) untuk sesi latihan dan menyesuaikan diri untuk bermain di tempat baharu.
Wakil pemain futsal Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lundu telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan dengan mendapat naib johan bagi kategori junior manakala kategori senior hanya sampai ke peringkat suku akhir.

Walaupun pemain futsal Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lundu tidak mendapat tempat yang teratas akan tetapi pencapaian pemain-pemain untuk tahun ini meningkat berbanding pada tahun yang lepas. Semua ini adalah atas jasa dan pengorbanan dan juga kerjasama yang baik daripada pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lundu, guru-guru dan semua pihak yang terlibat di dalam membantu di sepanjang latihan dan di sepanjang carnival tersebut dijalankan. Diharapkan kerjasama dan peningkatan ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun yang akan datang.

~Laporan disediakan oleh En Mohd Izzudin Bin Adam~

WAKIL SK BUMIPUTERA UNTUK PASUKAN FUTSAL PPKI DAERAH LUNDU





















No comments:

Post a Comment