Selamat Datang Ke PPKI SK BUMIPUTERA, LUNDU

Monday, March 30, 2015

KEJOHANAN OLAHRAGA PADANG DAN BALAPAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI SARAWAK

Pada 24 hingga 26 Mac 2015, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lundu telah menghantar satu kontinjen atlet dari empat buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi untuk menyertai Kejohanan Olahraga Padang Dan Balapan Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sarawak yang dijalankan di Stadium Terbuka Kota Samarahan, Kota Samarahan.
Kontinjen PPD Lundu menghantar  29 orang atlet, iaitu 11 orang murid lelaki dan 8 orang murid perempuan untuk menyertai sebanyak 14 jenis acara. Kontinjen ini juga diiringi oleh seorang pengurus, dua orang jurulatih dan 7 orang guru pengiring dari sekolah-sekolah yang menyertai kejohanan ini.
Sekolah Kebangsaan Bumiputera telah menghantar dua orang guru pengiring dan empat orang atlet junior (dua lelaki dan dua perempuan). Murid dan guru yang mewakili adalah seperti berikut:
i.              Cik Zufazela Mansuriwaty binti Badar (Guru Pengiring)
ii.             Puan Susilawati binti Sahari (Guru Pengiring)
iii.            Awang Khamis bin Awang Amit (4x100m)
iv.              Mohd Hafiz Asyraf bin Irwan (Lontar Peluru)
v.                Fazlin Binti Zakaria (100m, Lompat Jauh)
vi.               Zarith Athirah binti Gapur (Lompat Jauh)


Kontinjen PPD Lundu bergerak bersama menggunakan 8 buah kenderaan pada 23 Mac 2014 menuju ke tempat penginapan iaitu di SMK Muara Tuang dan ke Stadium Terbuka Kota Samarahan untuk sesi latihan dan menyesuaikan diri dengan tempat pertandingan.
Selama tiga hari kojohanan berlansung, Kontinjen PPD Lundu dapat mengutip 3 pingat gangsa di dalam acara 800m Perempuan Senior, Lontar Peluru Perempuan Junior dan 4X100m Lelaki Junior. Awang Khamis bin Awang Amit, wakil Sekolah Kebangsaan Bumiputera merupakan salah seorang pelari untuk 4x100m Lelaki Junior dan sekaligus merupakan murid yang Berjaya membawa pingat bagi pihak SK Bumiputera.

Kontinjen PPD Lundu mempunyai peningkatan dengan kedudukan 7 daripada 15 buah PPD yang bertanding. Semua ini adalah atas dasar usaha dan kerjasama PPD, guru dan semua yang terlibat di dalam membantu sepanjang latihan dan juga pertandingan. Diharapkan kerjasama dan peningkatan dapat diperhebatkan lagi pada tahun-tahun yang akan datang.
~Diambil daripada Laporan yang telah disediakan oleh Zufazela Mansuriwaty binti Badar~

Berikut merupakan gambar-gambar aktiviti olahraga di stadium terbuka kota samarahan.
KONTIJEN PPKI DAERAH LUNDU






















No comments:

Post a Comment