Selamat Datang Ke PPKI SK BUMIPUTERA, LUNDU

Monday, March 30, 2015

KEJOHANAN OLAHRAGA PADANG DAN BALAPAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI SARAWAK

Pada 24 hingga 26 Mac 2015, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lundu telah menghantar satu kontinjen atlet dari empat buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi untuk menyertai Kejohanan Olahraga Padang Dan Balapan Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sarawak yang dijalankan di Stadium Terbuka Kota Samarahan, Kota Samarahan.
Kontinjen PPD Lundu menghantar  29 orang atlet, iaitu 11 orang murid lelaki dan 8 orang murid perempuan untuk menyertai sebanyak 14 jenis acara. Kontinjen ini juga diiringi oleh seorang pengurus, dua orang jurulatih dan 7 orang guru pengiring dari sekolah-sekolah yang menyertai kejohanan ini.
Sekolah Kebangsaan Bumiputera telah menghantar dua orang guru pengiring dan empat orang atlet junior (dua lelaki dan dua perempuan). Murid dan guru yang mewakili adalah seperti berikut:
i.              Cik Zufazela Mansuriwaty binti Badar (Guru Pengiring)
ii.             Puan Susilawati binti Sahari (Guru Pengiring)
iii.            Awang Khamis bin Awang Amit (4x100m)
iv.              Mohd Hafiz Asyraf bin Irwan (Lontar Peluru)
v.                Fazlin Binti Zakaria (100m, Lompat Jauh)
vi.               Zarith Athirah binti Gapur (Lompat Jauh)

Tuesday, February 10, 2015

Kedatangan guru baru ke PPKI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya... lama tak dengar beritakan? Maklumlah dengan kesibukan program di awal Januari.. Semua sibuk ke hulu ke hilir dulu.. dah settle baru boleh kita relax dan beri berita terkini..

baiklah, seperti tajuk yang dah post kat atas tue.. kami PPKI SK Bumiputera menerima guru baru merangkap ustaz yang memang pengkhususannya JQAF PPKI.. Alhamdulillah!

Mari kita berkenalan dengan Ustaz baru nie lah yer....




Inilah dia Ustaz baru yang datang ke SK Bumiputera, Lundu. Melangkah masuk ke kelas PPKI pada 27 Januari 2015 dengan sopannya v(^ . ^)v (biasalah, orang baru kan.. hahahaha)... Namanya Ustaz Mohammad Izzudin bin Adam, merupakan anak kelahiran Johor (nanti suruh dia ajar murid-murid zapin Johor, kehkehkeh)

Mempunyai 6 orang adik-beradik dan taraf perkhawinan dia, belum berpunya lagi (Jadi sapa2 nak jadikan menantu, sila2... Huahahahaha)

Pernah belajar di UKM di dalam bidang Usuluddin dan Falsafah kemudian masuk IPG Batu Pahat, Johor dalam kursus DPLI-SR J-QAF PPKI.

Katanya minat dia suka mengkaji benda baru, memang adventurous jugak bunyinya tue... (termasuk mencuba makanan sarawak kot, heheheh) Moto hidupnya: ALLAH SWT TUHANKU, MUHAMMAD SAW NABIKU..

PPKI SK Bumiputera mengucapkan selamat datang dan moga bergembira di tempat baru dengan rakan baru dan murid-murid pelbagai gaya...

Tidak dilupakan jugak, terima kasih diucapkan kepada Ustazah Che Salmah kerana membantu mengajar Pendidikan Islam selama ini.. TQ2! (^.^)

Tuesday, December 30, 2014

Perpindahan Murid ke Sekolah Menengah Lundu...

Berakhirnya tahun 2014 menandakan berakhir juga pembelajaran empat orang murid PPKI SK Bumiputera yang bakal meneruskan pengajian ke PPKI SMK LUNDU. Keempat-empat murid ini akan sentiasa berada di dalam ingatan cikgu-cikgu mereka.
Selamat menyambung ke alam persekolahan SMK... sayang korang semua...

Felicia Lim

Mohd Izzumi Izzaudin bin Eshak

Franky ak Nata

Albert Jahil ak Job


Wednesday, October 15, 2014

Karnival Kesenian dan Kebudayaan Pendidikan Khas 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
sekali lagi saya menyibuk untuk memberi maklumat terkini PPKI SK Bumiputera....

Okay, SK Bumiputera telah menyertai pertandingan tarian, pameran, dan mewarna untuk Karnival Kesenian dan Kebudayaan Pendidikan Khas di IPG Batu Lintang dari 15 - 18 Oktober 2014. Kami semua bergerak pada hari Rabu untuk menyediakan tempat pameran serta melakukan penyesuaian pentas untuk kumpulan tarian yang bakal menari pada 16 Oktober.

Selepas selesai, kami check in hotel dan berehat dulu sebelum melakukan latihan terakhir untuk pertandingan esok hari. 

Esok harinya, murid-murid telah dikenakan pakaian tarian dan make up mereka. kumpulan tarian kami merupakan kumpulan 5 membuat persembahan. murid-murid kelihatan teruja dan takut pada masa yang sama, walaupun begitu mereka telah melakukan yang terbaik untuk persembahan tersebut.

Walaupun kami tidak menang, tetapi murid-murid berasa seronok dan kami semua dapat membantu mereka memberi pengalaman terbaru. diharapkan tahun depan, kami dan sekolah-sekolah yang mewakili daerah lundu dapat menjulang nama Lundu dengan mendapat tempat di dalam pertandingan yang disertai.













Akhirnya, Franky Ak Nata telah menyiapkan hasil kerjanya...

Sunti, PPKI SMK Lundu
izham, wakil dr SK Sematan

Nuh, SMK SEMATAN

penari sekolah menengah ppki SMK Lundu



Saturday, October 11, 2014

Terapi Pasir + Family Day PPKI 2014

Halooooooo....
Assalamualaikum semua dan dan salam sejahtera diucapkan kepada semua yang sudi membaca ruangan ini.. 
Kali ini kami ingin menceritakan mengenai aktiviti kami yang terbaru iaitu Aktiviti Terapi Pasir dan Family Day...
Kali ini kami membuat kedua-dua aktiviti ini di Retreat sekali lagi, tempat yang sama kami membuat Terapi Air tahun lepas... 
Program ini dilansungkan pada 11 Oktober 2014 bermula dari pukul 7 pagi. Ibu bapa dan guru berkumpul di hadapan kelas PPKI untuk mengambil peralatan dan juga barang-barang diperlukan. Kami juga mengambil kehadiran murid serta ibu bapa yang hadir untuk mengetahui jumlah murid.
Setibanya di Retreat's, kami mula menyediakan tempat dan peralatan yang akan digunakan. Pelbagai ragam dapat dilihat ketika itu, ada yang turut mengundang gelak ketawa para ibu bapa dan guru. Aktiviti pertama yang dibuat adalah aktiviti senamrobik, ibu bapa dan murid-murid kelihatan gembira dan berseronok mengikuti senamrobik pelbagai gaya. selesai senamrobik, bacaan doa oleh Ustaz Mohd Faiza bin Mohd Yasin dan ucapan daripada Yang Dihormati, guru besar SK Bumiputera, Cikgu Annuar bin Haji Lay. murid-murid dan ibu bapa serta guru kemudiannya diberikan sarapan sebelum acara dimulakan.

pelbagai aktiviti yang telah dijalankan antaranya :
  1. penyu bertelur
  2. merangkak komando
  3. baling dan sambut belon air
  4. lompat dalam guni
  5. tarik guni (mak dan anak, ayah dan anak)
  6. baling belon air berpasangan
  7. cabutan bertuah
  8. membina istana pasir
  9. BBQ
  10. berenang


Sebelum memulakan acara, meh panaskan badan dengan acara senamrobik.. jom2, ibu bapa guru-guru meh join sekali...












then acara pun bermula....



































P.S. tidak terkecuali sambutan hari lahir Cikgu Hanis Amirah yang lahir pada bulan Oktober. Happy Bday dear Cikgu Hanis! 


kesimpulannya, aktiviti yag diadakan mengeratkan lagi perhubungan ibu bapa dengan guru, ibu bapa dan anak dan murid dengan guru. diharapkan aktiviti seperti ini akan dapat diteruskan lagi tahun depan...