Assalamualaikum semua dan salam sejatera..
Kali ini kami akan menceritakan mengenai aktiviti luar yang telah diikuti oleh anak murid kami.
26 September - 28 September 2014....
SK Bumiputera telah dipilih untuk mewakili bahagian Lundu di dalam menyertai Kem Bestari Solat peringkat Sarawak yang bertempat di SK Abang Kadir Gedong, Simunjan.
4 orang murid yang telah dipilih ialah
- MOHD IZZUMI IZZAUDIN BIN ESHAK
- MOHD HAFIZ ASYRAF BIN IRWAN
- AWANG KHAMIS BIN AWG AMIT
- FAZLIN BINTI ZAKARIA.
Kami tiba di sekolah tersebut pada pukul 2.00 petang dan murid-murid serta guru ditempat di asrama yang ada di sekolah tersebut.
pelbagai aktiviti diadakan yang melibatkan mereka untuk bergaul dan mempelajari mengenai solat dan wudhu dalam Islam. keempat-empat murid kita dibahagikan kepada kumpulan yang berbeza untuk memudahkan lagi mereka bergaul mesra.
Berikut antara gambar-gambar yang sempat ditangkap.
No comments:
Post a Comment